Fuuhhhh ~ Blog aku dah berhabuk haha. Alhamdulillah saya dapat sambung belajar. Saya dapat tawaran Politeknik Merlimau, Melaka. Course akauntansi. Macam susah jea dengar wuhuu ~ Terasa menyesal pun ada mintak jauh-jauh haha. Tapi takpe lah, saja nak cari pengalaman :-) Saya pergi sana nak belajar. Malas nak fikir apa-apa lagi. Tapi saya sambung belajar bulan 11. Budak lain dah habis sem. Saya baru nak masuk sem. Hahahaha. So? Biar laahh :D
Mula-mula kawan saya call, dia tanya saya dapat masuk poli tak. Saya cakap tak tahu sebab tak check lagi. Saya rasa saya tak dapat. Kawan saya tu dapat dekat Negeri Sembilan. Tak jauh laah dengan Melaka. Sempadan jea hihi XD Lepas dia call tu saya suruh dia check kan nama saya. Then dia hantar msg "Siti Najwa binti Azlan. Diploma Akauntansi. Politeknik Merlimau, Melaka. Tahniah weh, aku dah cakap kau mesti dapat". Hm ya Allah. I'm shocked! Macam tak percaya. Saya bersyukur sangat-sangat yang saya dapat sambung belajar walaupun Poli hihi. Alhamdulillah :)
Lepastu saya jumpa buah hati saya hihi, saya bagitahu dia depan-depan. Saya berani kan diri untuk bagitahu dia walaupun saya tahu dia mesti sedih.
"Biy, org ada benda nak cakap nie. Jangan marah, jangan sedih tau".
"Apa dia? Cakap lah. Okay".
"Org dapat sambung belajar. Bulan 11 nanti daftar".
Lepas saya bagitahu, muka dia terus berubah. Saya nampak sangat muka dia berubah. Tapi dia cakap "Yea kea, okayy lah tu. Belajar leklok".
Hmm dia sedih. Saya lagi sedih sebab terpisah jauh dengan dia. Nak buat macam mana. Saya pergi sana nak belajar. Sejak tu dia mendadak berubah. Tiap kali saya nak keluar pergi mana-mana, dia mesti kena ikot sebab dia tak nak lelaki lain rampas saya dari dia. Hm awak, kalau kita ada jodoh. Inshaallah saya tak akan lari dari awak.
Dia yang terakhir. Saya dah takut dengan lelaki. Saya pernah cakap dengan dia yang saya tak percaya kan dia sangat. Percaya memang lah percaya, tapi susah. Saya dah taknak terima apa-apa harapan dari dia. Dia pernah cakap yang dia nak ikat saya masa saya sambung belajar. Lepas habis jea belajar terus tunang. Hm saya takut nak dengar ayat tu. Dah takut! Saya tak boleh nak cakap apa-apa sekarang, saya akan tunggu kalau awak betul-betul dan ikhlas dengan saya. Seriously Yusof Johari, saya dah takut nak terima mana-mana lelaki. Saya bagi awak peluang terakhir. Terpulang pada awak setakat mana awak boleh bertahan dengan saya. Kalau awak ikhlas dengan saya, saya bersyukur alhamdulillah. Tapi kalau awak mainkan perasaan saya. Saya tak teragak-agak untuk undur diri dari hidup awak. Ingat sayangg. Terima kasih. Assalamualaikum