TERSENYUMLAH WAHAI HATI YANG BERSEDIH.

Saat kita menempuhi onak duri dunia, derita sekali sekala mencuit hati. Hati remuk menangis tak henti. Kesedihan terus menerus bersemadi di dasar hati. Ketika itu sabar pun sudah tidak dikenali lagi. Dalam terharu, airmata tertumpah juga :'( Wahai hamba ilahi, begitulah kehidupan di dunia. Kita tidak akan sesekali dapat menjangka apa yang Allah aturkan untuk kita. Adakalanya kita tersangat gembira. Adakalanya kita tersangat kecewa. Namun... Jangan risau manusia :) Allah itu Tuhan kita. Tuhan yang maha luas kasih sayangnya. Percayalah.. Allah tak akan menduga hambaNya kecuali untuk melihat hambaNya tersenyum disana, tertawa disana, berbahagia disana. InsyaAllah di syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai yang mendamaikan jiwa. INDAH NYAAA !

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah. Hm wahai hamba Allah. Jangan bersedih, kerana kita telah melalui kesedihan kelmarin dan ia sama sekali tidak memberi sebarang manfaat pun pada keesokan harinya. Kesedihan demi kesedihan akan membuat kita terperuk dalam keputus asaan dan dunia yang luas dirasakan sempit dan tidak lagi berguna. Padahal, dunia ni lah kesempatan untuk kita dekatkan diri kepada Allah untuk kita raih syurgaNya yang tersangat indah serta bebas dari rasa kesedihan. Disebabkan kesedihan, air yang manis akan terasa pahit, makanan yang lazat terasa hambar. Ingatlah tangisan terindah itu apabila butir-butir airmata mengalir hangat di pipi lantaran terasa diri kita sangat kerdil di sisi Allah dan begitu berdosa nya diri kita di sisi Allah. Wahai hamba Allah, lihatlah disekeliling kamu dan teguhkan pendirian mu sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus asa. Senyuman yang kau berikan dan airmata yang kau titiskan, simpan... Jadikan tauladan. Segala yang kau pandang dan dengar, simpan... Buat pedoman :)

You don't know everything but Allah knows everything. Don't be sad. Allah always with you. Ya Allah, please save my heart :'(

                                                                                                                  

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA